Make your own free website on Tripod.com




UFO, ADAKAH IANYA WUJUD?

Dunia ini bukan milik kita sahaja. Ini terbukti dengan beberapa penemuan UFO (Unidentified Flying Object) yang menggemparkan ramai penduduk dunia. Ramai yang menyedarinya dan juga ramai yang ingin mengetahui apakah yang sebenarnya yang sedang dilakukan oleh objek yang tidak dikenali ini. Namun ada sesetengah pihak merahsiakan perkara ini dengan pembohongan yang nyata.

Contohnya, kejadian UFO yang ditemui di Roswell. CIA telah memberitahu awam bahawa objek yang kelihatan diruang angkasa tempat itu adalah sebahagian daripada pesawat perisik yang baru dibangunkan oleh pihak Amerika Syarikat.

Walaupun ada bukti yang kuat mengenai makhluk asing yang mendarat di Roswell, New Mexico, pada 1950-an lalu, mungkin yang anda lihat itu hanyalah bayangan sebuah pesawat tempur canggih Amerika Serikat yang sedang terbang tinggi.

Sebuah kajian yang dilakukan pengkaji AS, CIA, telah mengungkap misteri itu dengan menyebutkan bahawa apa yang berlaku di Roswell pada 1950-an dan 1960-an mengenai adanya UFO tersebut hanyalah bayangan pesawat-pesawat tempur Amerika canggih seperti jenis U-2A dan SR-71 Blackbird.

Apa yang dilakukan CIA pada waktu itu hanyalah untuk mengaburi masyarakat kerana ketika itu sudah banyak laporan diterima mengenai UFO. Pada masa Perang Dingin, Amerika ingin merahasiakan berbagai jenis pesawat tempur mereka untuk mengaburi lawan tentang kekuatan sebenarnya angkata udaranya walaupun di pejabat pemerintah di Washington DC sendiri pernah mengakui pernah melihat UFO.

Berikut adalah beberapa cebisan gambar yang berjaya dikutip untuk tatapan anda.



KEMBALI KE MISTIK

KEMBALI KE UTAMA