|
PERUBATAN
Demi mendapatkan sesuatu yang dihajati, seseorang itu sanggup melakukan apa juga cara. Mereka
sanggup, sekali pun disuruh melakukan perkara yang tidak disedari telah melanggari Islam.
Hal ini terjadi kerana masyarakat Melayu kita hari ini masih lagi percaya akan apa yang
tinggalkan oleh nenek moyang mereka. Santau, penanggal, buatan orang, ilmu hitam dan banyak
lagi, itu semuanya adalah sihir yang dianjurkan oleh iblis sebagai jeneralnya, syaitan
sebagai kaptennya, jin kafir sebagai leftenan mudanya dan manusia sebagai prebetnya.
Inilah sebab mengapa hari ini kita masih lagi kedengaran akan orang itu kena santau, orang
sana kena kacau dalam tidur, orang ini dijadikan 'pak turut', orang sini meracau dan macam-
macam lagilah. Membalas dendam menggunakan cara halus. Hasrat yang ingin memuaskan kehendak
nafsu inilah yang membuatkan orang lain merana.
Manusia sememangnya tidur walaupun dia sedang berjaga. Kembalilah kepada apa yang telah
Allah kurniakan kepada kita dan juga wasiat daripada Rasulullah saw untuk kita supaya tidak
meninggalkannya. Kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah untuk diamalkan dan InsyaAllah ianya
akan menjadi pelindung kepada diri daripada iblis dan suku sakatnya.
Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung
di dalamnya adalah penawar penyakit fizikal dan rohani. "Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk
dan penawar bagi orang yang beriman." [Surah Fussilat: 44]. Yakin dan berimanlah kepada Allah
swt yang Maha Segala Maha yang menurunkan Al-Quran. Rasulullah saw sendiri pun pernah bersabda,
"Sebaik-baik ubat itu ialah Al-Quran." dan "Tidak tertolaklah qada' kecuali dengan
berdoa."
- DOA DARI AL-QURAN
Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal dan hanya kepada Engkaulah kami
bertaubat, dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
[Surah Al-Mumtahinah: 54-55]
Tuhanku, berilah aku dari sisiMU seorang anak yang baik, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar
doa. [Surah Ali-Imran: 38]
Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku
belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMU ya Tuhanku. [Surah Maryam: 4]
Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris yang
paling baik. [Surah Al-Ambiya':89]
Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah
kelu dari lidahku, supaya mereka memahami perkataanku, dan anugerahkanlah daku untukku
seorang pembantu dari keluargaku. [Surah Taha: 25-29]
(Ya Tuhanku) Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah TUhan yang Maha
Penyayang dan diantara semua penyayang. [Surah Al-Ambiya': 83]
Ya Tuhanku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik
dan berikanlah daku dari isiMU kekuasaan yang menolong. [Surah Al-Isra': 83]
Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada bisikan-bisikan syaitan, dan aku berlindung
kepadaMU ya Tuhanku daripada kedatangan mereka kepadaku. [Surah AL-Mu'minun: 97-98]
Kembali ke atas
- PETUA KESIHATAN DARI AL-QURAN DAN HATIDH
Wahai semua manusia, makanlah benda yang halal bagi baik daripada apa yang terdapat di
muka bumi ini. [Surah Al-Baqarah: 168]
"Ya, Rusulullah, tolong pohonkan kepada Allah, agar Allah jadikan daku seorang yang mudah
diperkenankan doa." Mendengar kata-kata Saad bin Abi Qaqqas itu baginda pun menjawab,
"Wahai Saad! Perbaikilah makananmu, kau akan jadi seorang yang mustajab doa. Demi Tuhan,
di mana diri Muhammad dalam tanganNYA, seseorang lelaku yang menelan seketul daging haram
dalam perutnya tidak akan diterima doa daripadanya selama 40 hari. Ada pun hamba yang
dagingnya tumbuh daripada benda haram dan riba, maka nerekalah itu adalah lebih utama
baginya." [Riwayat Ibn Marduwiyah]
Kemdian makanlah daripada tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah
dimudahkan. Dari perut lebah itu keluar minuman madu yang terdapat ubat menyembuhkan
bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran
Tuhan bagi orang yang memikirkan. [Surah An-Nahi:69]
Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan Al-Quran.
[Riwayat Ibn Majah]
Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat,
kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram.
[Riwayat Abu Daud]
Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan
baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua. [Riwayat]
Jauhilah makan berlebihan. Sesunggunya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit,
menyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik
untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang
alim yang gemuk. [Riwayat Abu Naim]
Kembali ke atas
- KHASIAT SURAH-SURAH DARIPADA AL-QURAN
SURAH AL-FATIHAH - Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca surah
Al-Ikhlas tiga kali, surah Al-Falaq dan surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan
terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk
mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah swt. Bacalah 40 kali
surah ini selepas solat Maghrib dab sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah
swt, InsyaAllah hajatnya akan termakbul.
SURAH AN-NAS DAN SURAH AL-FALAQ - Jika terkena sihir atau perbuatan orang, bacalah 41 kali
setiap hari selama 3, 5, atau 7 hari secara berturut-turut. InsyaAllah akan sembuh.
SURAH AL-IKHLAS - Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas semasa dalam kesakitan yang membawa kepada
kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan
dibawa oleh malaikat dengan tapak tangannya sehingga melepasi sirat menuju ke syurga.
[Riwayat Al-Tabrani]
SURAH AL-KAFIRUN - Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun makan bandingannya seperti membaca
seperempat Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas
dari peristiwa yang mengejutkan. [Riwayat At-Tirmizi]
SURAH AL-KAUTSAR - Sesiapa yang mengamal membaca surah ini 1000 kali, maka Allah swt akan
menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikkan pangkatnya. Dan sesiapa yang membaca 1000
kali selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dapat melihat Rasulullah saw dalam
tidurnya.
Kembali ke atas
KEMBALI KE UTAMA
|