Make your own free website on Tripod.com




TIADA SEGAN

Tinjauan telah pun dibuat di beberapa buah tempat yang telah dikenal pasti adalah tumpuan bagi remaja apabila tibanya hujung minggu. Tempat-tempat yang biasanya menjadi tumpuan ialah pusat membeli belah dan juga taman rekreasi. Tinjauan yang dilakukan adalah secara tersembunyi dan berhati-hati.

Setelah melakukan tinjauan,inilah hasilnya yang telah kami perolehi. Dengan menggunakan kamera digital, kami merakamkan bukti.

Lihatlah apa yang dilakukan oleh remaja hari ini. Asyik berdating dan juga berkepit ataupun kalau bahasa dulu-dulunya disebut bercengkerama. Tak salah melakukannya jika sudah berakad. Tapi jika tunang pun bukan, nikah jauh sekali, apakah hukumnya berdua-duaan dan berpegang-pegangan? Sudah tentu haram!!!

Apa yang menyedihkan ada diantara pasangan ini secara terang-terang membiarkan tangan pasangan mereka merayap ke sana sini sedangkan mereka berada di tempat yang terbuka. Di tempat semua orang lalu lalang. Apakah mereka tidak tahu malu? Jawapannya sudah tentu tidak, kerana mereka sedang khayal bercinta.

Apa nak jadi dengan remaja kita hari ini? Terlalu asyiknya pasangan-pasangan berdating sehinggakan kehadiran kami yang merakamkan aksi mereka pun tidak disedari. Mereka mencipta dunia mereka sendiri di situ. Mereka tidak kisah apa orang nak kata. Mereka tidak kisah orang lalu lalang. Mereka tidak kisah apa nak jadi. Janji mereka bahagia. Itu kata mereka yang melakukannya. Tapi mereka tidak sedar yang perbuatan mereka ini sebenarnya sedang memproses dosa yang berbentuk piramid.

Di satu sudut yang lain, lain pula ceritanya. Adakah mereka sedang menantikan hujan berhenti? Atau memang sudah menjadi tabiat mereka apabila tiba hujung minggu melepakkan diri di tepi tangga atau pun di tepi kali lima sehingga hari pun sudah mahu melabuhkan tirainya.

Ke mana ibubapa mereka yang harus mengawasi mereka? Adakah mereka ini cuma duduk dan berbual kosong di situ sahaja? Makan minum mereka bagaimana? Solat pula tertunai ke tidak? Adakah mereka tidak terfikir masa depan? Tindakan mereka ini seolah-olah meletakkan diri mereka setaraf dengan tempat lepakkan mereka.

Ada juga yang berpendapat, “Lebih baik diorang nie lepak kat sini daripada diorang pegi hisap ganja, hisap dadah dan buat benda tak tentu arah.” Kita semua diberikan akal untuk berfikir dan membezakan mana satu yang baik dan mana satu yang tidak. Terpulanglah kepada pendapat masing-masing untuk menilai budaya melepak ini.

Secara kasarnya, 61% pengunjung pusat membeli belah adalah terdiri daripada remaja. Senario ini juga boleh dilihat di mana-mana pusat membeli belah di seluruh negara. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan dan pihak berkuasa telah mengambil langkah yang bijak dengan menyediakan program-program yang berfaedah dan tempat yang sesuai untuk para remaja melakukan aktiviti.

Remaja yang mampu berfikir secara dinamik dan berpandangan jauh adalah aset negara yang tidak ternilai. Tetapi berapa ramaikah jumlah golongan remaja yang seperti ini jika situasi seperti di atas berlaku secara berterusan? Apa yang pasti, golongan remaja yang sepatutnya menjadi bintang-bintang bergermelapan kini semakin hilang sinarnya.

Langkah yang telah diambil oleh kerajaan dengan mengadakan Program Khidmat Negara (PKN) untuk remaja lepasan SPM. Program ini bukan saja memberi pelajaran dan juga pengalaman bahkan mendidik generasi baru kita dengan erti tanggungjawab yang perlu mereka pikul untuk masa depan Malaysia tanah air tercinta.



KEMBALI KE PENDEDAHAN

KEMBALI KE UTAMA