Make your own free website on Tripod.com




SALAH GUNA

Tinjauan kami diteruskan pula ke sebuah taman rekreasi berhampiran. Apabila kami tiba di situ, kami tidak melepaskan peluang untuk berekreasi sambil mata memandang ke sana ke mari.

Rakyat Malaysia sememangnya mementingkan kesihatan. Hampir setiap petang, taman rekreasi ini dikunjungi oleh pengunjung untuk bersenam, bersuka ria, memenangkan fikiran dan juga beriadah. Ini kerana kesedaran rakyat Malaysia tentang kesihatan sudah meningkat. Ianya menunjukkan satu petanda yang baik dan cemerlang.

Namun begitu taman rekreasi ini telah pun dicemarkan dengan beberapa kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan. Entah apa niat dan tujuan mereka. Jika mereka pasangan suami isteri datang ke sini untuk menenangkan fikiran dan menyelesaikan masalah, itu adalah dikatakan cara yang baik dan tidak mengapa. Tetapi jika pasangan ini adalah sebaliknya, apa pula ceritanya?

Keadaan tidak mengizinkan bagi kami untuk mengambil lebih banyak gambar. Ini kerana kelakuan kami pada waktu itu dianggap ganjil dan pelik. Namun begitu, kami memang tidak menafikannya bahawa pada waktu tinjauan kami itu sememangnya ramai pasangan-pasangan yang tidak tahu statusnya (sudah berumah tangga ataupun sepasang kekasih) duduk bersantai. Keadaannya sama seperti yang kami laporkan dari pusat membeli belah. Bukan duduk-duduk sahaja.

Oleh kerana tinjauan kami pada waktu petang kurang berjaya, kami meneruskan tinjauan di sebelah malam. Kami berada di taman rekreasi yang sama pada waktu selepas tengah malam. Suasana di taman rekreasi ini sama seperti waktu di siang hari. Masih lagi berpengunjung.

Kami menghadapi masalah untuk mendapatkan bukti. Ini kerana kamera digital yang digunakan tidak dapat menyokong pandangan di waktu malam. Jadi kami cuma dapat mengambil beberapa keping gambar sahaja. Cuma gambar di bawah ini sajalah yang dapat kami siarkan.

Apa pendapat anda apabila anda melihat gambar ini? Adakah anda akan berkata itu adalah pasangan suami isteri? Jika jawapan anda ya, adakah suami isteri ini sudah ketiadaan tempat untuk berasmara?

Sebenarnya taman rekreasi ini adalah tumpuan kepada mereka-mereka yang gersang ataupun bahasa mudanya “sangap” melepaskan rindu dendam di malam hari. Selain itu juga, di sinilah tempat-tempat bagi mereka yang suka merayau di waktu malam melepaskan keletihan. Pasang muda-mudi pula di sinilah tempat mereka bercumbu-cumbuan. Fikiran mereka, waktu gelap gelita siapa yang nampak?

Ke mana perginya pihak berkuasa tempatan? Ke mana perginya Jabatan Agama Islam? Ke mana pula hilangnya anggota pencegah maksiat yang digeruni? Sehinggakan taman yang dibangunkan ini disiang hari untuk menjadi tempat rekreasi menjelang malam menjadi sarang maksiat. Inikah yang dikatakan masyarakat Malaysia boleh berpandangan jauh? Inikah yang dikatakan masyarakat Malaysia boleh maju? Tetapi apa yang pasti inilah yang dikatakan dengan penyalahgunaan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan. Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. Lembu punya susu, sapi dapat nama.



KEMBALI KE PENDEDAHAN

KEMBALI KE UTAMA