Make your own free website on Tripod.com




PONDAN SEMAKIN MENGGANAS!!!

Sememangnnya pelacuran adalah satu perkara yang amat menghinakan. Daripada melanggan sehingga pelacurnya sendiri, semuanya mendatangkan keburukan. Satu fenomena yang memeranjatkan apabila kami mendapati bahawa kebanyakan pusat pelacuran di sini adalah dikuasai hampir 75% oleh mak nyah ataupun pondan!!!

Apa sudah jadi dengan kaum lelaki di Malaysia? Ramai yang ingin bertukar jantina daripada lelaki ke wanita. Bukan setakat menukar jantina kerana minat, tetapi melakukan perbuatan terkutuk dengan melacurkan diri sendiri. Persoalannya, adakah golongan ketiga ini tidak diterima masyarakat sehinggakan mereka terpaksa melacur hanya untuk mencari sesuap nasi?

Dengan kadar serendah RM20.00 ke RM50.00, mereka cuma duduk di pintu-pintu premis mereka dan hanya menunggu pelanggan sahaja. Lihatlah mereka, memang dapat mengalahkan wanita. Gaya dan keseksian inilah yang mereka gunakan sebagai umpan kepada mereka yang gersang dan sangap.

Pelanggannya bukan calang-calang orang. Daripada tinjauan yang telah dibuat dan cerita yang telah kami dengar, pelanggan kepada pondan-pondan ini sebahagiannya adalah daripada golongan yang berada. Kereta Honda Accord yang disangka cuma diletakkan di situ rupanya adalah kepunyaan pelanggan mak nyah.

Tidak kira bangsa dan juga agama, mak nyah ibarat menjadi pilihan utama kerana harga tawarannya untuk memuaskan nafsu adalah jauh lebih murah daripada pelacur perempuan. Lihatlah gambar-gambar yang berjaya diambil daripada premis-premis operasi mereka.

Lebih memilukan lagi, gejala ini turut disumbang kebangkitannya daripada pondan-pondan dari negara Thailand yang berhijrah ke sini. Apakah pihak penguasa tempatan tidak peka dengan apa yang terjadi? Membiarkan premis-premis pelacuran pondan ini terus beroperasi.

Sudah terang lagi jelas dalam agama Islam sendiri melarang lelaki menyerupai wanita ataupun wanita menyerupai lelaki. Apatah lagi untuk menukar jantina, sudah tentu haram hukumnya melainkan 'khunsa', yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin. Tetapi di dalam agama Hindu dan Buddha, mereka dibenarkan berbuat demikian. Menurut kepercayaan mereka golongan ketiga ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri.

Salah masyarakat kita juga yang memandang hina dengan golongan ketiga ini. Apa salahnya jika kita memberikan mereka peluang dan dalam masa yang sama kita berikan panduan dan pengajaran kepada mereka. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana mereka sudah ditakdirkan untuk lahir dalam konflik identiti ini.

Bukannya tiada kes yang berjaya diselamatkan. Daripada berpakaian seksi sehinggalah bertukar kembali kepada fitrahnya yang asal. Salah satu contoh yang dibimbing oleh Dato' Dr. Fadhilah Kamsah yang membimbing rakannya yang pondan dan kini menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Bukankah itu satu kemuliaan daripada menghina golongan ketiga ini?

Bak kata pepatah cina, "Lebih baik kita nyalakan lilin daripada kita menyumpah kegelapan." Bersesuaian sekali dengan tindakan yang sepatutnya kita ambil bagi menangani masalah ini. Marilah berganding bahu untuk menangani masalah ini.



KEMBALI KE PENDEDAHAN

KEMBALI KE UTAMA