Make your own free website on Tripod.com




FAKTA

Fakta adalah salah satu isi ataupun hujah yang menerangkan sesuatu perkara yang benar. Fakta disukai kerana ianya adalah terbukti dan nyata berbanding dengan perkara-perkara yang lain. Di sini terdapat beberapa fakta yang boleh dijadikan panduan. Ikutilah.

  • Beberapa negara di dunia diambil nama tokoh. Negara-negara tersebut adalah - Bolivia, diambil dari nama Simon Bolivar; Colombia diambil dari nama Christopher Columbus, Nicaragua diambil dari nama kepala suku Nicarao, Liechtenstein diambil dari nama Johann von Liechtenstein, Saudi Arabia diambil dari nama Raja Saud, dan Filipina diambil dari nama Raja Phillip. Amerika Syarikat pun namanya diambil dari nama seseorang, iaitu nama penjelajah Amerigo Vespucci.

    Kembali ke atas


  • Negara terkecil di dunia ialah negara Vatican dengan luas negara hanya 44 hektar. Ia terletak didalam Ibukota Italia, Roma. Vatikan adalah tempat tinggal dari Paus, ketua gereja Katolik Roman. Ia juga sebuah negara satu-satunya di dunia yang mempergunakan bahasa Latin sebagai bahasa rasmi. Bangunan yang paling mendominasi hiasan negara ini adalah St.Peterís Basilica, sebagai gereja yang terbesar didunia.

    Kembali ke atas


  • Bangsa Sumeria dikenal sebagai bangsa pertama yang melakukan kegiatan tulis menulis di dunia. Sekitar 3000 tahun sebelum masehi, mereka terbukti telah membuat ukiran diatas tanah liat , yang dipercaya berisikan simbol-simbol yang merepresentasikan angka-angka. Selanjutnya bangsa kedua yang juga turut mengembangkan kegiatan tulis menulis ini adalah bangsa Mesir Kuno yang membuat tulisan hieroglyph, atau tulisan paku, tepatnya sekitar 2100 sebelum masehi. Bangsa Mesir Kuno ini pula yang akhirnya berhasil menemukan cikal bakal papyrus, bahan asas kertas yang sekarang dipergunakan oleh seluruh penduduk dunia untuk kegiatan tulis menulis.

    Kembali ke atas


  • Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).

    Kembali ke atas


  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

    Kembali ke atas


  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

    Kembali ke atas


  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

    Kembali ke atas


  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

    Kembali ke atas


  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

    Kembali ke atas


  • Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

    Kembali ke atas


  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

    Kembali ke atas


  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

    Kembali ke atas


  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

    Kembali ke atas


  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

    Kembali ke atas


  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

    Kembali ke atas


  • Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

    Kembali ke atas


  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

    Kembali ke atas


  • Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

    Kembali ke atas


  • Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

    Kembali ke atas


  • Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

    Kembali ke atas


  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.

    Kembali ke atas


  • Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

    Kembali ke atas


  • Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

    Kembali ke atas


  • Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

    Kembali ke atas


  • Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

    Kembali ke atas


  • Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

    Kembali ke atas


  • Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

    Kembali ke atas


  • Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

    Kembali ke atas


  • Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

    Kembali ke atas


  • Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

    Kembali ke atas


  • Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.

    Kembali ke atas


  • Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

    Kembali ke atas


  • Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

    Kembali ke atas


  • Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

    Kembali ke atas


  • Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.

    Kembali ke atas


  • Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.

    Kembali ke atas


  • Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

    Kembali ke atas


  • Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

    Kembali ke atas


  • Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kapalnya dijumpai dan diteliti.

    Kembali ke atas


  • Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

    Kembali ke atas


  • Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.

    Kembali ke atas


  • Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan itu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.

    Kembali ke atas


  • Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.

    Kembali ke atas


  • Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional.

    Kembali ke atas


  • Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.

    Kembali ke atas


  • Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga.

    Kembali ke atas


  • Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksigen setiap 20 minit.

    Kembali ke atas


  • Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.

    Kembali ke atas


  • Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.

    Kembali ke atas


  • Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

    Kembali ke atas


  • Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

    Kembali ke atas


  • Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.

    Kembali ke atas


  • Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"- sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!

    Kembali ke atas


  • Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.

    Kembali ke atas


  • Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

    Kembali ke atas


  • Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

    Kembali ke atas


  • Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.

    Kembali ke atas


  • Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.

    Kembali ke atas


  • Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.

    Kembali ke atas


  • Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

    Kembali ke atas


  • Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.

    Kembali ke atas


  • KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.

    Kembali ke atas


  • Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

    Kembali ke atas


  • Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

    Kembali ke atas


  • Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.

    Kembali ke atas


  • Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat.

    Kembali ke atas


  • Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luarbiasa.

    Kembali ke atas


  • Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.

    Kembali ke atas


  • Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.

    Kembali ke atas


  • Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.

    Kembali ke atas


  • Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.

    Kembali ke atas


  • Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.

    Kembali ke atas


  • Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.

    Kembali ke atas


  • Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

    Kembali ke atas


  • Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare.

    Kembali ke atas


  • Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

    Kembali ke atas


  • Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

    Kembali ke atas


  • Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu.

    Kembali ke atas


  • Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.

    Kembali ke atas


  • Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

    Kembali ke atas


  • Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

    Kembali ke atas


  • Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

    Kembali ke atas


  • Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

    Kembali ke atas


  • Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

    Kembali ke atas


  • Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

    Kembali ke atas


  • Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.

    Kembali ke atas


  • Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.

    Kembali ke atas


  • Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

    Kembali ke atas


  • Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

    Kembali ke atas


  • Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

    Kembali ke atas


  • Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

    Kembali ke atas


  • Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

    Kembali ke atas


  • Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

    Kembali ke atas


  • Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

    Kembali ke atas


  • Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

    Kembali ke atas


  • Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.

    Kembali ke atas


  • Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

    Kembali ke atas


  • Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

    Kembali ke atas


  • Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksigen yang disedut semasa berehar atau tidur.

    Kembali ke atas


  • Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.

    Kembali ke atas


  • Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksigen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.

    Kembali ke atas


  • Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.

    Kembali ke atas


  • Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar.

    Kembali ke atas


  • Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

    Kembali ke atas


  • Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.

    Kembali ke atas


  • Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.

    Kembali ke atas


  • Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.

    Kembali ke atas


  • Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.

    Kembali ke atas


  • Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.

    Kembali ke atas


  • Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.

    Kembali ke atas


  • Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

    Kembali ke atas


  • Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.

    Kembali ke atas




KEMBALI KE UTAMA