Make your own free website on Tripod.com




PENDEDAHAN

Anda kenal wanita-wanita ini? Tahukah anda apa yang telah dilakukannya? Bagi yang sudah biasa melawati laman web yang ala-ala gitu mungkin anda sudah mengetahui jawapannya. Bagi yang belum mengetahuinya, mereka inilah yang telah berjaya 1000% menjatuhkan maruah kewanitaan wanita Islam amnya dan wanita Melayu khasnya. Apa jadahnya nak jadi dengan orang Melayu kita? Apa nak jadi dengan wanita Islam kita? Bertudung tetapi tanpa segan silunya melakukan perbuatan lucah secara sengaja dan diada-adakan.

Fenomena remaja hari ini amat menggerunkan. Lihatlah di mana-mana saja, baik di kota mahupun di kampung-kampung, gejala sosial tetap berlaku. Hisap dadah, hidu gam, minum arak, telan pil khayal, melakukan maksiat terang-terangan, melakukan seks diluar nikah dan banyak lagi. Semua ini kita boleh di dengar daripada seluruh pelosok tanah air. Ianya seperti tidak boleh dielakkan dan terus membiak serta beranak pinak pula. Mengapakah hal seperti ini boleh terjadi?

Apabila ditanyakan apa sebab terjadinya perkara yang sebodoh ini? Selalu yang kita dengar; "Salah mak bapak tak ajar anak dengan betul" atau pun "Kurangnya didikan agama." Tapi pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri. Adakah jawapan ini relaven masa kini? Adakah anda pasti bahawa tanggungjawab mendidik remaja hari ini hanyalah terletak di bahu ibubapa semata-mata? Adakah anda tidak merasai yang anda juga terlibat dalam hal ini? Tepuk dada, tanya selera.

Inilah isu yang cuba dibangkitkan dalam laman web ini. Memberitahu satu malaya apa yang terjadi di sini. Berikut adalah beberapa laporan yang telah disediakan untuk didedahkan kepada anda tentang apakah yang sebenarnya yang terjadi kepada generasi muda hari ini. Ikutilah laporan-laporan tersebut.



KEMBALI KE UTAMA