Make your own free website on Tripod.com




ANEH TAPI NYATA

Ramai yang akan bertanya apabila melihat sesuatu yang pelik. Tetapi anda perlu percaya bahawa dunia ini terdapat banyak perkara yang pelik-pelik yang belum lagi anda diketahui. Khas buat anda yang sedang berhadapan dengan komputer, inilah kisah aneh untuk tatapan anda.

  • KEBESARAN ALLAH SWT

    Inilah yang dikatakan kebesaran Allah swt. DIA membuktikannya dengan sedikit pembuktian. Tapi sebenarnya ramai yang alpa. Kebesaran Allah itu ada pada kita. Lihatlah garisan-garisan ditapak tangan anda. Ianya membawa maksud tulisan arab yang bermaksud 18 dan 81. Jika dicampurkan kedua-duanya, bukankah ianya berjumlah 99. Menyamai jumlah nama-nama Allah swt.

    Kembali ke atas


  • RAJA MAKAN

    Kalau bercakap soal selera makan, rasanya sukar untuk mencari makhluk yang boleh menandingi Komodo. Mengapa boleh jadi begitu? Karena komodo memiliki selera makan yang luar biasa. Biasanya seekor komodo mampu menyantap 2, 5 Kg makanan dalam semenit, dan cuma akan berhenti kalau sudah kenyang. Bila binatang ini akan kenyang? Sukar untuk ditentukan karena sering terjadi Komodo makan hingga seberat 90% berat badannya dan hanya dalam sekali makan. Ini sama dengan seorang dewasa yang makan 400 Hamburger dalam sekali hadap.

    Kembali ke atas


  • STATISTIK

    Perjudian dengan memanfaatkan media Internet di Amerika dan Eropah akan menghasilkan pendapatan bersih US$ 10,2 Milion pada tahun 2002.

    Kembali ke atas


  • TARIAN FLAMENCO

    Tarian yang penuh semangat dari Andalusia, sebuah bahagian dari Sepanyol, ternyata telah dikembangkan selama lebih dari 600 tahun oleh bangsa Gipsy, bangsa pengembara dari India yang menyeberangi ke Eropah di Abad Pertengahan. Tarian ini sangat diminati oleh para pelancong yang kerap berkunjung ke Sepanyol setiap tahun. Ini kerana musiknya sangat hidup dan gerakan penarinya sangat dinamik dan anggun.

    Kembali ke atas


  • GAJAH BOLEH BERENANG

    Gajah ternyata sangat sukakan air dan nampaknya, 3 pengkaji Australia tahu apa sebabnya. "Nenek moyang gajah berasal dari bangsa akuatik," kata Ann Gaeth dan koleganya dari Universitas Melbourne yang meneliti embrio & fetus dari gajah dalam sebuah projek istimewa di Afrika Selatan. Mereka juga turut menemukan fakta bahwa ginjal gajah memiliki kesamaan dengan bangsa ikan dan katak. Fosil mereka juga membuktikan bahwa belalai meraka berfungsi sebagai snorkel, organ yang membantu mereka agar boleh bernafas lama dalam air.

    Kembali ke atas


  • ORANG JEPUN

    Orang Jepun kalau ditegur: "Kamu bodoh!", dia tidak akan sakit hati, paling tidak dia akan dijawab: "Ya, memang saya belum mengetahui, tetapi saya akan belajar agar dalam waktu terdekat ini saya tidak bodoh lagi".

    Kembali ke atas


  • TAJ MAHAL SEMPAT HILANG SELAMA 2 MINIT

    Bangunan bersejarah di India, Taj mahal, sempat hilang dari pandangan selama kurang lebih dua menit pada Rabu lalu. Peristiwa hilangnya Taj Mahal itu tak lepas dari aksi seorang ahli silap mata India, yang berhasil membuat kagum para pengunjung pada acara yang diadakan di pelataran musoleum berusia 17 abad tersebut. Adalah P.C. Sorcar Junior yang berdiri di tepian sungai Yamuna yang terletak di belakang Taj Mahal, untuk mempertontonkan kebolehannya berilusi. "Ilmu silpa mata telah membuat bangunan marmer bergaya arsitektur Mughal itu hilang, dan hanya meninggalkan ruang kosong di tempat berdirinya Taj Mahal,"architectural marvel disappear in the thin air, leaving a blank space at the site," kata harian setempat dari Agra, tempat Taj Mahal berdiri, seperti dikutip Reuters. Sorcar mengatakan helah yang ia gunakan tidak akan bisa digunakan melalui hipnotis massa. "Saya hanya membuat Taj menjauh dari pandangan anda," katanya. "Itu merupakan sebuah ilusi yang sempurna."

    Kembali ke atas


  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

  • Kembali ke atas


  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

    Kembali ke atas


  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

    Kembali ke atas


  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

    Kembali ke atas


  • Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

    Kembali ke atas


  • Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

    Kembali ke atas


  • Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

    Kembali ke atas


  • Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

    Kembali ke atas


  • Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

    Kembali ke atas


  • Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

    Kembali ke atas


  • Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

    Kembali ke atas


  • Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

    Kembali ke atas


  • Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

    Kembali ke atas


  • Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

    Kembali ke atas


  • Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.

    Kembali ke atas


  • Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

    Kembali ke atas


  • Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.

    Kembali ke atas


  • Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

    Kembali ke atas


  • Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

    Kembali ke atas


  • Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

    Kembali ke atas


  • Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

    Kembali ke atas


  • Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

    Kembali ke atas


  • Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

    Kembali ke atas


  • Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.

    Kembali ke atas


  • Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.

    Kembali ke atas


  • Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

    Kembali ke atas


  • Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

    Kembali ke atas


  • Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

    Kembali ke atas


  • Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.

    Kembali ke atas




KEMBALI KE UTAMA